Pengikut

*** Dah Solat Belum?? ***

Jumaat, 1 Jun 2012

PSIKOLOGI

Terapi psikologi meliputi beberapa bidang termasuk kesihatan mental dewasa, kanak-kanak dan remaja, masalah pembelajaran seperti autisma, hiperaktif, kesihatan mental jangka panjang, psikologi kesihatan, penyalahgunaan ubatan, neurologi serta bidang forensik.
Terapi psikologi dijalankan secara individu dan berkumpulan.  Kaedah  terapi yang digunakan adalah berdasarkan keperluan individu dalam sesuatu masalah yang dihadapi.  Bagi terapi yang melibatkan kanak-kanak dan remaja, ahli keluarga biasanya akan turut terlibat dalam proses terapi yang dijalankan.  Hal ini disebabkan oleh  sesetengah kaedah terapi yang dijalankan memerlukan penglibatan ibu bapa atau penjaga secara langsung terutamanya bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Terapi yang dijalankan biasanya akan dilakukan dalam masa antara 40 sehingga 60 minit bagi setiap sesi mengikut keperluan setiap individu. Terapi ini boleh dilakukan secara mingguan, setiap 2 minggu atau bulanan dan jangka masa antara setiap sesi terapi selalunya berbeza mengikut keselesaan dan kesesuaian individu.
Terdapat pelbagai kaedah dan prosedur terapi yang digunakan dalam terapi psikologi bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Ia meliputi:
  • perbincangan bersama individu dan ahli keluarga yang terlibat
  • sesi terapi individu bersama juruterapi
  • sesi terapi individu dan ibu bapa bersama juruterapi
  • kaunseling individu dan berkumpulan
  • terapi berfokus bagi masalah pembelajaran
Peralatan / Instrumen
  • Soal selidik
  • Spesifik instrumen (PECS, ABA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...